HOME
HEADLINE NEWS :
 

Rabu

Nabi pandai membaca, menulis

0 komentar
Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
Ummiy
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.
Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk membaca al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.
Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut menjelaskannya:
"Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)
Menulis
Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang yang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk menghapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka menyiarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan berbuat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling mengasihinya.
________________________________________
Tanggapan 1
 Assalamu'alaikum wr. wb.,
Rasulullah SAW menyatakan dirinya tidak bisa membaca ketika bertemu Jibril pertama kali yang meminta beliau untuk membaca lembaran yang dibawanya.
"Tatkala ia sedang dalam keadaan tidur dalam gua itu, ketika itulah datang malaikat membawa sehelai lembaran seraya berkata kepadanya: "Bacalah!" Dengan terkejut Muhammad menjawab: "Saya tak dapat membaca". Ia merasa seolah malaikat itu mencekiknya, kemudian dilepaskan lagi seraya katanya lagi: "Bacalah!" Masih dalam ketakutan akan dicekik lagi Muhammad menjawab: "Apa yang akan saya baca." Seterusnya malaikat itu berkata: "Bacalah! Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan Pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya ..." (Qur'an 96:1-5) (Haekal)
Rasulullah Muhammad SAW juga menyatakan dirinya dan kaumnya "ummiy" dengan penegasan maksudnya "tidak menulis dan tidak menghisab" terdapat dalam hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan Ibnu Umar "Nahnu ummatun ummiyyatun laa naktubu walaa nahsubu" (Kami ummat yang ummiy, tidak menulis dan tidak menghitung).
Hadits ini bisa menjelaskan makna "ummiy" pada QS. 7:157 ("... orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummiy...") memang berarti buta huruf. Sejarah hidup Rasulullah juga mengisyaratkan Rasulullah SAW tidak belajar membaca dan menulis, karena hidup bersama kakek dan pamannya bukan hidup yang berkecukupan sehingga waktunya habis untuk bekerja. Ahli sastra yang ada pada masa itu, saya kira, hanya kaum elit yang jumlahnya tidak terlalu banyak. Sastra lisan mungkin sangat maju, tetapi sastra tulis belum tentu. Setahu saya, bangsa Cina salah satu (atau satu-satunya) bangsa yang punya kebudayaan tulis sejak dahulu yang dikenal maju sehingga ada hadits "Tuntutlah ilmu walau di negeri Cina". (Catatan admin: tentang hadits ini silakan baca uraian penting di sini)
"Ummiy" tidak berarti bodoh, sehingga memaknai "ummiy" sebagai buta huruf tidak akan merendahkan kemuliaan Rasulullah. Salah satu sifat Rasul adalah cerdas (fathonah). Nabi Muhammad SAW "ummiy" bisa jadi Allah yang mengaturnya, agar Al-quran yang dibawanya tidak menimbulkan keraguan sebagai tiruan kitab-kitab sebelumnya.
"Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu). Sebenarnya, Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim" (QS 29:48-49)
Wassalamu'alaikum wr. wb.,
T. Djamaluddin [t_djamal@hotmail.com]
________________________________________
Tanggapan 2
BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM
Nabi Muhammad SAW Tidak mengenal Huruf
Fa Jaahu lMalaku fa Qaala Iqra' Qaala Maa Ana biQaariy Qaala fa Akhadzaniy
faGhaththaniy Hatta- Balagha Minni lJahdu tsumma Arsalaniy fa Qaala Iqra'
Qultu Maa Ana biQaariy Qaala fa Akhadzaniy faGhaththani Tstsaaniyata Hatta-
Balagha Minni lJahdu tsumma Arsalaniy fa Qaala Iqra' Qultu Maa Ana biQaariy
Qaala fa Akhadzaniy faGhaththani Tstsaalitsata Hatta- Balagha Minni lJahdu
tsumma Arsalaniy fa Qaala Iqra' Bismi Rabbika Alladziy Khalaqa lInsa-na min
'Alaqi Iqra' wa Rabbuka lAkramu (Rawahu Bukhaariy).
Artinya:
Malaikat (Jibril) datang kepadanya (Nabi) lalu katanya: "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak pandai membaca". Berkata (Nabi selanjutnya mencritakan) aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca). Maka berkata (Jibril): "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak pandai membaca". Aku ditarik dan dipeluknya untuk kedua kalinya, sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca) Maka berkata (Jibril): "Bacalah" Berkata (Nabi): "Aku tidak pandai membaca". Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya (dan disuruhnya pula membaca). Maka berkata (Jibril): Iqra' Bismi Rabbika Lladziy Khalaqa . Khalaqa lInsa-na min 'Alaqin . Iqra' wa Rabbuka lAkramu (diriwayatkan oleh Bukhari)
Shahih Bukhari di atas itu menunjukkan bahwa Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca (Nabi 3 kali disuruh membaca, 3 kali menyatakan tidak dapat membaca)
Perhatikan ayat-ayat di bawah ini:
WaTlu 'Alayhim Naba Bnay A-dama bi lHaqqi (S. alMaaidah, 5:27),
artinya:
Dan tuturkan kepada mereka informasi tentang dua orang anak Adam dengan sebenarnya.
Bacalah (hai Muhammad) kepada mereka perkabaran dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) dengan sebenarnya. [terjemahan Mahmud Yunus].
And relate to them the story of the two sons of Adam with truth
En vertel naar waarheid het verhaal van de twee zonen van Adam
En verhaal hun de geschidenis van de twee zonen van Adam
Tlu (alif, ta, lam), alif dituliskan tetapi tidak disebutkan, berarti tuturkan, ceritakan, informasikan, relate, vertel, verhaal. Sebenarnya terjemahan Mahmud Yunus dalam RASA BAHASA Indonesia tidak salah, oleh karena dalam bahasa Indonesia membaca itu tidak mesti dari tulisan. Biasa bukan kita dengar ungkapan "membaca" Al Fatihah dalam shalat, membaca do'a, orang buta membaca ayat. Jadi terjemahan "Bacalah (hai Muhammad) kepada mereka", tidaklah selalu dalam ma'na membaca dari sebuah tulisan, melainkan dapat pula membaca dari ingatan. Jadi terjemahan Mahmud Yunus dalam bahasa Indonesia dari ayat [5:27], tidak boleh dijadikan dalil bahwa Nabi Muhammad SAW dapat membaca huruf. Maka hendaklah orang hati-hati dalam memahamkan ayat Al Quran, haruslah bukan dari terjemahan, melainkan harus dikaji dalam bahasa aslinya yaitu Quranun 'Arabiyyun, bahasa Arab Al Quran.
Di bawah dikemukakan pula sejumlah ayat di mana Mahmud Yunus menterjemahkan (alif, ta, lam) dengan membaca. Satu ayat alifnya dibaca: Atlu, lima ayat hanya dituliskan alif tetapi tidak dibaca: Tlu, karena didepannya ada Wa dan Fa.
Qul Ta'aalaw Atlu Maa Harrama Rabbukum 'Alaykum (S. alAn'aam, 6:151),
katakan (hai Muhammad) marilah kamu aku tuturkan apa-apa yang diharamkan Maha Pengaturmu.
WaTlu 'Alayhim Nabaa Nuwhin (S. Yuwnus, 10: 71).
Dan tuturkan kepada mereka pekabaran mengenai Nuh.
WaTlu Maa Uwhiya Ilayka (.S. alKahf, 18: 27, S. al'Ankabuwt, 29:45),
Dan tuturkan apa yang Kuwahyukan kepadamu.
WaTlu 'Alayhim Nabaa Ibra-hiyma (S. asySyu'araa', 26:69).
Dan tuturkan kepada mereka pekabaran mengenai Ibrahim
WaLla-hu a'lamu bishshawab.
[H.Muh Nur Abdurrahman]
Unduh Adobe Flash player
Patut saya ucapkan terima kasih kepada sobat, atas kunjungannya ke Jago Copy Blogspot
  • Oya Sobat Qu, Jangan lupa Komentarnya, Like Facebook Jago Copy dan Follow Twitter saya ya.. dibawa ini

    0 komentar:

    Posting Komentar

    Terima kasih atas kunjungan, Jangan lupa komentarnya

    Lintas Islam

    Selengkapnya »

    Informasi

    Selengkapnya »

    Lintas Budaya

    Selengkapnya »

    Lintas Makalah

    Selengkapnya »
     

    Followers

    Copyright © JAGO COPY BLOGSPOT | All Right Reserved.
    Template By Ervanda.info
    Bloggers - Meet Millions of BloggersHosting Gratis